Pentaksiran Pusat (PP)
PP adalah pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah
dengan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan,
peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan (LP).
Tugasan PP
Terdapat dua jenis tugasan PP iaitu tugasan jangka panjang dan
tugasan jangka pendek. Tugasan jangka panjang dilaksanakan dalam tempoh 3
hingga 4 minggu dan tugasan jangka pendek dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu.
Bilakah PP dilaksanakan dalam PBS
PP bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2. PP bagi sekolah
menengah dilaksanakan pada Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
Bolehkah PP dilaksanakan secara
berkumpulan?
Tugasan boleh dilaksanakan secara berkumpulan tetapi penskoran diberikan
secara individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan